Search

Alhamdulillah sejak pembukaan permohonan bantuan m...

  • Share this:

Alhamdulillah sejak pembukaan permohonan bantuan melalui www.mrmcare.com dibuat, kami menerima banyak permohonan bantuan keperluan asas dari wakil keluarga yang terjejas disebabkan PKP.

Penghantaran bantuan keperluan asas telah kami hulurkan sejak minggu lepas lagi. Ini antara penerima dari permohonan yang telah kami agihkan untuk minggu ini.

InshaAllah bagi yang mohon dari luar KL dan Selangor, kami dalam usaha untuk menyalurkan bantuan melalui agensi kerajaan atau NGO yang berdekatan dengan tempat kalian.

Alhamdulillah bantuan-bantuan ini dapat disalurkan dengan hasil sumbangan saudara saudari sekalian sumbang kepada projek-projek kebajikan kami.

Boleh war-warkan link www.mrmcare.com kepada sahabat-sahabat sekalian untuk permohonan bantuan keperluan asas bagi yang terjejas.

Jazakumullahu Khairan sekali lagi buat sahabat yang menyokong dan menyumbang agar kami boleh melaksanakan amanah yang telah diberi ini. Kepercayaan dan sokongan sahabat semua, moga Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik, iaitu Jannah. Allahuma Ameen.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmcare #mrmprihatin #foodbankmykampungfreshmart


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts